ucap salam

Menu Bar

Friday 3 February 2012

Pengenalan UBK

Unit Bimbingan & Kaunseling menawarkan beberapa perkhidmatan di bawah kepada semua warga SK.Sungai Batu Pantai Remis demi mencapai Visi dan Misi SK.Sungai Batu :

  1. Ramai di kalangan murid menganggap bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan tempat bagi orang yang bermasalah. 
  2. Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali. Sebenarnnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah tempat bagi mereka yang memerlukan bimbingan dan memperbaiki potensi diri. 
  3. Kami sedia membantu semua warga SK.Sungai Batu ke arah kesejahteraan. Kami menawarkan beberapa bentuk perkhidmatan kepada anda termasuk Sesi Kaunseling Individu, Sesi Kaunseling Kelompok dan Sesi Bimbingan Kaunseling.
  4. Kebanyakkan sesi yang telah dijalankan  meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluarga, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya.
  5. Di samping itu juga kami juga menawarkan beberapa program yang menyeluruh kepada semua warga SK.Sungai Batu seperti Bengkel Kemahiran Belajar, Kursus PRS, Kem Kepimpinan Pengawas dan sebagainya.

Apa Itu Kaunseling?

  1. KAUNSELING bukan bermaksud memberi nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Namun kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien.
  2. Kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistemewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. 
  3. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah kepada isu yang dihadapi. 
  4. Oleh itu kaunseling bukan mermaksud nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka  dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi.
  5. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
  6. Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya.
  7. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya bukan masalahnya.
  8. Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula.
  9. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru  hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.

Definisi Kaunseling

  1. Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974), Kaunseling adalah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.
  2. Krumboltz (George & Cristiani, 1990), pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien. 
  3. Patterson(1967) dalam bukunya The Conselor in the School, menjelaskan bahawa kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan diantara  seorang terapis dengan seorang klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan  yang sistematik mengenai personaliti dalam usaha memperbaiki kesihatan mantal klien.  
  4. Carl Rogers dalam bukunya Caunseling and Psychotherapy, menyebut kaunseling sebagai suatu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar  dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan dengan diri seseorang itu.  
  5. Abdul Halim (1990) mengatakan kaunseling ialah sebagai suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistematik dan bertanggung jawab.  
  6. Sementera itu mengikut Nur Aini (1989) konsep kaunseling dalam Islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan dakwah islamiah untuk mendapatkan keredaannya 
  7. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Prinsip Kaunseling

  1. Manusia mempunyai harga diri.
  2. Manusia itu unik.
  3. Manusia yang memiliki personaliti yang bersepadu juga memiliki personaliti yang sihat.
  4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.
  5. Manusia berkembang melalui proses sosialisasi.

Proses Kaunseling

  1. Menyediakan pra-sesi
  2. Membina hubungan(melayan, mendengar dan memahami)
  3. Meneroka dan menganalisis masalah
  4. Mengenalpasti masalah
  5. Membincangkan alternatif
  6. Mengambil tindakan
  7. Menamatkan sesi

Sesi Kaunseling Individu

Picture
Sesi Kaunseling Individu merupakan salah  satu sesi yang perlu dijalankan kepada semua pelajar. Kebanyakkan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluarga, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya.

Sesi Kaunseling Kelompok

Kaunseling Kelompok diadakan antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan membentuk perubahan tingkahlaku ahli-ahli kelompok.
 
Jenis-jenis Kelompok.

(1) Kelompok Bimbingan.
     Contoh-contoh tajuk yg diperbincangkan: masalah sosial (bahaya dadah), pengurusan  masa, kemahiran belajar,
     pemilihan kerjaya, persediaan peperiksaan, menjalani ujian personaliti, pengurusan stres dan sebagainya.

(2) Kelompok Kaunseling
     Kelompok ini diadakan antara lima hingga sepuluh orang. Berbincang sesama ahli dgn penyeliaan kaunselor.
(3) Kelompok lainkelompok terapi, kelompok rujukan, kelompok jemputan dan   sebagainya.
 
Kelebihan Kaunseling Kelompok.


(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yg sama secara kelompok.

(2) Berkaitan dgn jenis masalah yg dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.

(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dlm keadaan selamat dgn sokongan ahli-ahli lain.

(4) Klien akan merasa kurang tertekan apb mengetahui org lain juga mempunyai masalah yg sama.

Unsur-unsur terapeutik dlm kaunseling kelompok.

(1) Memberi harapan kpd klien.
(2)
Perasaan selamat dan mendapat sokongan.
(3)
Kesatuan antara ahli-ahli.
(4)
Mempelajari sesuatu dari ahli lain.
(5)
Pembelajaran interpersonal (perorangan)
 
Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling.

(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi tertentu boleh dedahkan.
(2)
Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan lagi.

Kepentingan Kerahsiaan

(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan

(2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan
 
Situasi pengecualian kerahsiaan.


(1) Klien membahayakan diri dan org lain.

(2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.

(3) Mahkamah meminta maklumat didedahkan.

(4) Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku.

Aktiviti/ Program Kaunseling

Perundingan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling Bantura selalu berjumpa dan menjemput ibu bapa bagi membincangkan perkembangan potensi anak-anak mereka, masalah disiplin dan perkembangan kerjaya pelajar. Di samping itu juga UBK merupakan perantara di antara guru dan pelajar. Kebanyakan guru merujuk pelajar yang memerlukan bimbingan dan yang bermasalah disiplin.

Bimbingan PRS

Unit Bimbingan & Kaunseling merupakan Penasihat kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).Kaunselor selalu menjalankan kelas bimbingan PRS pada setiap hari Khamis setiap minggu (tertakluk kepada perubahan tarikh dan masa serta kesesuaian pelajar dan kaunselor). Kelab PRS merupakan satu kelab yang sentiasa membantu UBK dan perantara di kalangan pelajar lain. Ahli kelab PRS didedahkan tentang beberapa ilmu pengetahuan seperti kemahiran kaunseling, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran organisasi, mengendalikan beberapa ujian personaliti dan sebagainya.

KELAB Program Sifar Dadah ( Prosidar )

Program Sifar Dadahr) merupakan satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli Persatuan Pakaian Seragam Sekolah Rendah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar.

Rasional

Murid lebih mudah ditemui dan diperngaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu, penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu diperluaskan dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga dan masyarakat sekitar.

Objektif
  1. Mempunyai  pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.
  2. Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah  kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.
  3. Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan Guru Bimbingan & Kaunseling
  4. Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan.

Salam Pengenalan

                              
Assalamu`alaikum wbt
 
Bagaimana Anda Mampu Mencapai Kejayaan Disamping Mempunyai Ketenangan Jiwa & Empangan Tenaga Tidak Terbatas Hanya Melalui Teknik Meditasi Yang Mudah & Praktikal Serta 'Powerful'
 
Meditasi Islam - Kaedah Spiritual Untuk Meraih Kejayaan Dunia

1.Untuk menjadi insan yang berkualiti zahir dan batin, seseorang itu perlu menyucikan diri dari kotoran rohani serta fikiran yang kotor dan merosakkan. 
2.Namun tiada apa yang mampu dilakukan oleh seseorang itu secara langsung walaupun beliau seorang yang berjaya dalam banyak bidang namun ramai diantara yang berjaya itu kehilangan sesuatu iaitu jiwa yang mantap serta bahagia yang sempurna. 
3.Ini kerana seandainya sesuatu dilakukan secara langsung untuk mencapai ketenangan jiwa, minda akan turut campur tangan.
4.Minda tidak akan sama sekali memberi laluan untuk ketenangan jiwa. 
5.Secara tidak langsung minda adalah suasana bising yang sering menghadang seseorang itu dari mendengar suara jiwa.
6.Hasilnya mereka akan selalu merasa tiidak aman dan cenderung melakukan kesalahan terutamanya dalam membuat keputusan. 
7.Ketenangan itu bukan keadaan minda tetapi sebenarnya ialah keadaan jiwa yang mendalam. 
8.Justeru, mereka yang mengaku mencapai ketenangan minda belum tentu mencapai ketenangan jiwa tetapi mereka yang mencapai ketenangan jiwa sudah pasti mempunyai minda yang positif dan bertenaga.
9.Semakin dalam ketenangan jiwanya seseorang itu, semakin tinggi kesedaran serta kewaspadaannya dan semakin bermutu hidupnya.
10.Meditasi juga merupakan satu kaedah untuk mengatasi kekuatan nafsu dan seterusnya mengatasi kehedak nafsu. 
11.Apabila nafsu menyelubungi kehidupan seseorang maka hidupnya akan tidak tenteram dan keinginannya bertambah. Keinginan yang tidak dipenuhi membawa seseorang itu kepada tekanan. 

PERANG YANG PALING BESAR  ADALAH PERANG MELAWAN NAFSU YANG TERLETAK ANTARA DUA LAMBUNGMU”
             hadith
Setiap manusia telah diberi kesedaran super sedarnya. Meskipun begitu tanpa tunjuk ajar serta sistem yang betul-betul efektif, mencapai keadaan super sedar itu tidak mampu dicapai serta kehebatan super sedar itu tidak dapat dikupas. Meditasi merupakan satu kaedah yang mudah untuk mencapai keadaan super sedar, apatah lagi dalam meditasi sebenar seseorang itu akan dilatih tentang konsentrasi yang mudah dan jitu serta kesedaran super sedar dan kesedaran bawah sedar.. Minda mengandungi gelombang fikiran yang menyebabkan seseorang menjadi tidak tenang dan sentiasa berfikir. Jika gelombang-gelombang ini diseimbangkan maka minda akan tenang dan senyap dan kegembiraan sejati akan dirasai. Untuk merendahkan gelombang itu memerlukan minda super sedar dan bukan bawah sedar. Ramai yang gagal dalam bermeditasi kerana mereka melakukan meditasi menggunakan minda bawah sedar. Kajian di barat telah membuktikan 33% hingga 50% mereka yang melakukan meditasi tanpa teknik yang betul akan mengalami peningkatan dalan tekanan darah, stress, kemurungan serta mudah baran. Maka jika anda benar-benar ingin mendalami meditasi, pastikan anda dilatih oleh mereka benar-benar mahir dan berpengalaman serta mampu memberi penjelasan untuk setiap keadaan.